Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Sejarah Dinar Emas dan Dirham Perak

    Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam. Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami

KENALI SIAPA RAKYAT MALAYSIA YANG TERSELAMAT DALAM LETUPAN BOM DI HIROSHIMA 1945

    Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandar raya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.    Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi daripada 90,000 hingga 140,000 akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul di samping diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang ta hun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.    Namun dalam banyak-banyak mangsa ada juga yang tersela

TEROWONG BIJIH TINGGALAN SEDALAM 700M & SEPANJANG 322KM KESELURUHAN DI MALAYSIA

    Terowong terdalam adalah dilombong Myah terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi dan sedalam 23 tingkat, manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan jarak keseluruhan hampir 322 kilometer apabila dijumlahkan pada setiap tingkat kedalaman. Perkara ini disahkan oleh petugas Muzium Sg.Lembing. Harus diingat, lombong ini telah pun diusahakan selama 98 tahun jadi tiada yang mustahil.    Sungai Lembing terletak kira-kira 40 km dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebih besar. Kampung Kenau popular di sini dan terletak di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Dahulu dikenali sebagai El dorado of the east.    Sungai Lembing pada 1920 – 1950 dahulu adalah bandar terkaya dengan pengeluaran Bijih Timah di Pahang. Ini adalah kerana Sungai L

SEJARAH YANG DI GELAPKAN : ISLAM DI BENUA AMERIKA

   Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.    Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban). Foto : Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat    Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati. Foto : Gambaran pemakaian serban suku Cherokee    Bercakap tentang suku Cherokee

BUKTI KISAH NABI MUSA MEMBELAH LAUT : KENDERAAN KETENTERAAN FIRAUN DI TEMUI DI DASAR LAUT MERAH.

    Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika di gunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.    Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.    Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam k

APLIKASI EDIT GAMBAR MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

    Trend ubah suai gambar semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Lebih memudahkan keadaan dengan limpahan aplikasi bagi membantu proses ubah suai gambar. Dari aplikasi menggunakan komputer seperti adobe photoshop sehingga menggunakan gadjet seperti telefon bimbit. Admin sendiri lebih selesa ubai suai gambar menggunakan telefon bimbit. Terdapat banyak aplikasi ubah suai gambar mengikut citarasa sendiri yang boleh di muat turun dari aplikasi   Play Store bagi pengguna andriod. Antara aplikasi yang menjadi kegemaran admin dalam mengubah suai gambar ialah aplikasi PicsArt, Instagram dan Snote(model note bagi samsung user) . Bagi mendapatkan hasil yang diingini bukanlah semudah memuat turun aplikasi ubah suai gambar itu sendiri. Ianya memerlukan latihan dan percubaan bagi memantapkan teknik dan pencantuman hasil gambar mengikut aplikasi  yang sesuai bagi mendapatkan mutu dan hasil kerja diingini yang paling baik. Contoh-contoh gambar yang admin yang masih belajar men

PENGALAMAN RAYA DI KAMPUNG PART II

Semangat pagi raya, bangun awal. Sarapan bersama keluarga dan saudara mara, menu pagi raya sudah tentu ketupat, lemang dan rendang. Bersiap awal mengenakan baju melayu berwarna ungu (tema raya admin ungu) trus ke Masjid Pekan Rabu, Chenderong Balai Perak untuk Solat Sunat Aidilfitri.  Selesai solat pulang ke rumah nenek. Aktiviti yang menjadi tradisi di pagi raya. Bermaaf-maafan sesama alhi keluarga dan saudara mara. Done bermaaf-maafan sesi selfie wefie. Hampir Lengkap keluarga Wak Senin & Mbah Wagirah (sorang je tak da study jauh sangat) family admin wefie pagi raya gambar raya family mat radzi dan rahimah ithnin family radzi freestyle cousin wefie Kami sekelurga bergerak ke rumah Pak Long/ Mak Long (sebelah ayah) di Felda Gunung Besout, Perak.  admin beraya di rumah paklong / maklong Setelah puas beraya dengan keluarga Pak Long / Mak Long, kami konvoi bersama ke rumah Tok Wan (belah ayah) di Felda Trolak Sungkai Utara, Perak. Lama ta