Skip to main content

BUKTI KISAH NABI MUSA MEMBELAH LAUT : KENDERAAN KETENTERAAN FIRAUN DI TEMUI DI DASAR LAUT MERAH.

   Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika di gunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

   Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.



   Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

   Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat di lihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang di turunkan kepada Nabi-Nabi Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka. Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat buah jeriji yang terbuat dari emas. Di andaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang di tunggangi oleh raja mereka, Firaun.


   Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas. Pada bahagian peta yang di dalam bulatan merah itulah, menurut para ahli kaji sejarah kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab Saudi sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.

   Dapatkah kita bayangkan berapa kuatnya daya yang diperlukan untuk membelah air laut sehingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama? Dan menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).



   Mengikut pengiraan, anggaran keperluan tekanan (daya per meter luas) sebesar 2,000,000 (juta) Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita alami jika menyelam di lautan dengan kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kelajuan angin, menurut beberapa pengiraan matematik kelajuan angin yang di perlukan adalah lebih kurang 30 meter/saat (108 km/jam) sepanjang malam untuk membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

   Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur karena usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan di lindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. 

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Kepala Batas, Pulau Pinang

Gambar diatas : Menunjukan Jalan Kedah dari Utara (Sungai Petani menuju Ke Butterworth     melalui Pekan Kepala Batas) Kepala Batas merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara(SPU)  dalam negeri Pulau Pinang. Mungkin disebabkan oleh Kepala Batas merupakan pekan terakhir jalan menuju ke negeri Kedah sebab itu jalan dari pekan ini menuju utara disebut Jalan Kedah, manakala jalan yang menuju ke Selatan pula disebut Jalan Perak. Kepala Batas secara geografiknya di bahagian utara ,barat dan selatannya adalah kawasan sawah padi,sementara di sebelah timurnya dulu adalah ladang getah atau kelapa sawit milikan Bertam Estate yang kini telah dibangunkan menjadi Bandar Bertam Perdana. Semasa pembukaan tanah-tanah paya di utara Seberang Perai ini untuk dijadikan sawah dan ladang maka Pihak Kerajaan Inggeris telah mengorek tali air utama untuk saliran air kelaut bermula dari kawasan Lahar Ikan Mati dan Kepala Batas menuju ke Titi Mukim ,Telok Air Tawar dan ke Laha

Tokoh-Tokoh Kepala Batas.

TOKOH BERKAITAN DENGAN KEPALA BATAS- SYEIKH ABDULLAH FAHIM Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ulama nasionalis dan agama. Beliau adalah mufti pertama Pulau Pinang selepas Kemerdekaan. Beliau juga merupakan datuk bapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Gambar diatas : Menunjukan Gambar  Syeikh Abdullah Fahim Latar Belakang Syeikh Abdullah Fahim Abdullah Fahim yang dikenali sebagai "Pak Him" ​​dilahirkan di Mekah pada tahun 1286 Hijrah/1869 Masihi. Fahim yang dimaksudkan di sini ialah `Fahim' yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti `orang yang faham'. Pendidikan Syeikh Abdullah Fahim Abdullah Fahim mendapat pendidikan asas tradisional daripada ayahnya sendiri, Haji Ibrahim bin Tahir di Mekah. Ayahnya seorang yang alim mengenai bacaan al-Quran. Datuknya pula, Haji Tahir berasal dari Patani. Dikatakan juga bahawa beliau memahami ilmu-ilmu Islam tradisional cara Patani. Ilmu yang dikuatkan adalah