Skip to main content

KENALI SIAPA RAKYAT MALAYSIA YANG TERSELAMAT DALAM LETUPAN BOM DI HIROSHIMA 1945

   Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandar raya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

   Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi daripada 90,000 hingga 140,000 akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul di samping diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.


   Namun dalam banyak-banyak mangsa ada juga yang terselamat. Siapakah beliau? adakah wolverin?. Tidak sama sekali. Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, juga dikenali sebagai cikgu Razak, Abdul Razak Hiroshima dan Razak sensei meninggal dunia pada 18 Julai 2013 lalu, tidak sampai dua minggu selepas menyambut ulang tahun ke-88.


   Allahyarham ialah satu-satunya rakyat negara ini yang terselamat dalam serangan bom atom Amerika Syarikat ke atas bandar Hiroshima, Jepun kira-kira 70 tahun lalu. Ketika kejadian dahsyat pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1945 itu, Abdul Razak yang baru berusia 19 tahun sedang belajar Matematik bersama rakan baiknya yang dikenali sebagai Pengiran Yusuf dari Brunei Darussalam sebelum bom atom digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS).


   Selepas tujuh bulan di sana, Allahyarham yang baru melangkaui usia 20 tahun serta warga universiti itu dikejutkan dengan letupan kuat pada 6 Ogos 1945, berpusat 1.5 kilometer daripada kedudukan mereka.Apabila sedar daripada pengsan, Abdul Razak yang mengalami luka kecil di kepala terpaksa merangkak keluar antara celah-celah runtuhan serta mayat warga universiti yang bergelimpangan serta kedengaran jeritan, tangisan dan rintihan mereka yang masih terperangkap bawah serpihan bangunan.


   Dua rakan senegara Allahyarham tidak senasib dengannya, seorang maut dalam kebakaran yang menyusul sementara seorang lagi meninggal di hospital hampir sebulan kemudian akibat kesan radiasi. Allahyarham Abdul Razak diperakui kerajaan Jepun sebagai salah seorang daripada 1,760 rakyat asing (hampir kesemuanya warga Korea) yang terselamat daripada letupan bom atom itu (hebat tak).Walaupun pendidikannya di Hiroshima tersekat akibat tragedi itu, Allahyarham tidak berputus asa atas minat dan semangat untuk mempelajari bahasa Jepun.


   Abdul Razak juga menerima penghormatan menghadap Maharaja dan Maharani Jepun selepas dianugerahkan Hadiah Khas Yayasan Jepun pada 1995 untuk sumbangan besar mempromosikan bahasa Jepun dan membentuk persefahaman antara penduduk Jepun dan Malaysia pada 2009. Begitulah dia kisah seorang pejuang. Pemergiannya akan sentiasa diingat oleh seluruh rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Kepala Batas, Pulau Pinang

Gambar diatas : Menunjukan Jalan Kedah dari Utara (Sungai Petani menuju Ke Butterworth     melalui Pekan Kepala Batas) Kepala Batas merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara(SPU)  dalam negeri Pulau Pinang. Mungkin disebabkan oleh Kepala Batas merupakan pekan terakhir jalan menuju ke negeri Kedah sebab itu jalan dari pekan ini menuju utara disebut Jalan Kedah, manakala jalan yang menuju ke Selatan pula disebut Jalan Perak. Kepala Batas secara geografiknya di bahagian utara ,barat dan selatannya adalah kawasan sawah padi,sementara di sebelah timurnya dulu adalah ladang getah atau kelapa sawit milikan Bertam Estate yang kini telah dibangunkan menjadi Bandar Bertam Perdana. Semasa pembukaan tanah-tanah paya di utara Seberang Perai ini untuk dijadikan sawah dan ladang maka Pihak Kerajaan Inggeris telah mengorek tali air utama untuk saliran air kelaut bermula dari kawasan Lahar Ikan Mati dan Kepala Batas menuju ke Titi Mukim ,Telok Air Tawar dan ke Laha

BUKTI KISAH NABI MUSA MEMBELAH LAUT : KENDERAAN KETENTERAAN FIRAUN DI TEMUI DI DASAR LAUT MERAH.

    Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika di gunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.    Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.    Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam k

Tokoh-Tokoh Kepala Batas.

TOKOH BERKAITAN DENGAN KEPALA BATAS- SYEIKH ABDULLAH FAHIM Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ulama nasionalis dan agama. Beliau adalah mufti pertama Pulau Pinang selepas Kemerdekaan. Beliau juga merupakan datuk bapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Gambar diatas : Menunjukan Gambar  Syeikh Abdullah Fahim Latar Belakang Syeikh Abdullah Fahim Abdullah Fahim yang dikenali sebagai "Pak Him" ​​dilahirkan di Mekah pada tahun 1286 Hijrah/1869 Masihi. Fahim yang dimaksudkan di sini ialah `Fahim' yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti `orang yang faham'. Pendidikan Syeikh Abdullah Fahim Abdullah Fahim mendapat pendidikan asas tradisional daripada ayahnya sendiri, Haji Ibrahim bin Tahir di Mekah. Ayahnya seorang yang alim mengenai bacaan al-Quran. Datuknya pula, Haji Tahir berasal dari Patani. Dikatakan juga bahawa beliau memahami ilmu-ilmu Islam tradisional cara Patani. Ilmu yang dikuatkan adalah