Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan
Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan
Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun
1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee
yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku
Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku
cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan
menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai
turban (serban).
Foto : Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat |
Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau
lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku
Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.
Foto : Gambaran pemakaian serban suku Cherokee |
Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh
di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan
dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah
seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku
Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.
Foto : Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres |
Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat
mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad
ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan
kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.
Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak
hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam
suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk,
Nazca, Zulu, dan Zuni.
Foto : Suku Makkah yang menutup aurat |
Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas
orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami,
Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini
semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870
Foto : Gadis Zuni, 1903 |
Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai
alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka
juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja
dan menyembah-Nya.
Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian,
there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of
the Unseen and the Eternal".
Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan
bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah
Foto : Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin |
Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke
Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang.
Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh
tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan
perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong
mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam
peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji
Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar
Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik
Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim
yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al
Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166),
Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta
(meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957),
Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di
Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya,
'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of
Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol
Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari
Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui
wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali
dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak
pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga
menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari
pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul
Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang
Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju
ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu
mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai
yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.
Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr
Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II
(976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat
meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan
Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke
barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn
Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah
laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari
Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja
keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut
Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak
dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu
juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab
Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan
eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini
dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan
yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik
menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.
Foto : Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar |
Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah
Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa
(1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik
sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi.
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan
menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini
berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam
peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada
raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
Kisah Columbus Menemui Benua Amerika
Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang
Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada
di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat
Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak
seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang
Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.
Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara
dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan
indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui
di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa
Islam telah lama bertapak di sana.
Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin
oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu
Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara
dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III
(1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika?
Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang
yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana
untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu
oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di
Sepanyol.
Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk
menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia.
Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini
disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.
Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah
tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi
yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah
menjejakkan kaki di benua Amerika.
Foto : Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418 Laksamana Zheng He (Cheng Ho) |
Laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai
laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang
menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun
sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He
sudah terlebih dahulu sampai ke sana.
Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London
beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang
ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan
kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai
benua Amerika.
Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari
pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang
ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara
terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika,
bukannya Columbus.
Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu
sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti
sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan
ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika
serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.
Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian
peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi
moden seperti melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar
peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana
Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu
antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar
menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Foto : Perbandingan armada Zheng He dan Colombu |
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah
ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang
berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang
bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal
dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.
Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah
Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.
Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah
lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan
tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih
berusia 11 tahun.
Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He
kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling
termashyur di dunia.
Comments
Post a Comment