Pagi raya kedua, masih bangun awal disebabkan mode raya masih on . Bersiap untuk destinasi raya seterusnya. Today admin dengan hero admin bertemakan Transformers . tema raya kedua transformers Mulakan perjalanan beraya ke Felcra Seberang Perak. Kali ini admin beraya di rumah Pak Njang lebih dikenali dalam family sebagai Pak Su Din. beraya di rumah pak njang(pak su din) Seberang Perak. penat makan mai selfie kat buai sat princess admin naik buai otw beraya ke Bagan Datoh Destinasi raya berikutnya ke daerah TPM kita, Bagan Datoh (baru rasmi jadi Daerah Bagan Datoh). Rumah admin tuju untuk beraya kali ni rumah tok sedara (belah ayah). Kawasan Bagan Dato ni ada keunikan terdiri bila tiba musim perayaan iaitu meriam pokok kelapa tapi susah nak jumpa dah, yang ada meriam batang paip ( admin bagi nama sendiri ja). mariam pokok kelapa vs meriam batang paip Kena balik awal sebab jalan nak ke Bagan Datoh ni jem yang teramat musim-musim perayaan ni. Kalau
Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam. Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami