Pelbagai mural yang menggambarkan sejarah Butterworth dan
ekonomi tempatannya boleh didapati di dinding Butterworth Art Alley atau Butterworth
Art Walk. Siri seni ini dicat oleh seniman tempatan, kerjasama antara Think City dan Zaini Zainul untuk
memulakan adegan seni tempatan bertemakan galeri karya seni luar.
Tarikan terbaru di Bagan ini terletak di lorong kecil yang terletak betul-betul di
sebelah Lodge 18 Hotel, berhampiran dengan jalan utama Jalan Bagan Luar, Butterworth, di hadapan padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi dan tidak jauh dari terminal feri dan kereta api.
Artis tempatan yang
menyumbang kepada 'galeri seni' ini ialah Shazwan Jalil, Syamsul Addenno,
Suhaimi Ali, Hadi Ramli, Nazmi Jamarudin, Amir Andha dan Azmi Husin,
bersama-sama dengan patung monyet yang dibuat dari mesh-wires oleh Shahidan Muhamad dan Zaini Zainul.
Berinspirasikan Street Art Penang yang terletak di
bahagian pulau. Keunikan tersendiri Butterworth
Street Alley @ Butterworth Art Walk tertumpu di lorong lebih kurang 300meter, berbeza dengan Street Art Penang yang "berselerak" sekitar Georgetown. Hampir kesemua hasil galeri seni ini berpusat di lorong ini
dan mungkin ini sebahagian dari permulaan projek dan akan dikembangkan jika
mendapat dorongan dan kebenaran pihak berwajib.
Antara gambar-gambar menarik mural di dinding Butterworth Art Work.
Antara mural di dinding yang menarik disekitar Butterworth
Mural Gergasi Di Jalan Raja Uda
Mural Gergasi Di Komples Perniagaan Raja Uda
|
Comments
Post a Comment