Rojak tonggek merupakan salah satu tarikan di Bagan @ Butterworth. Rojak Tonggek Pantai Road menjadi perhatian peminat tegar rojak buah yang
berada sekitar atau bersantai di Bagan. Lokasi tepat berhadapan dengan Klinik
Kesihatan Butterworth (Hospital Lama Butterworth). Operasi stall rojak tonggek
ini bermula 2petang hingga 7petang.
Menawarkan berbagai-bagai pilihan buah-buahan, sayur-sayuran,
tauhu, telur puyuh dan juga bebola daging dengan variasi kuah rojak pedas atau
manis terpulang kepada citarasa individu yang menikmatinya. Harga yang berpatutan,
mengikut bilangan lidi. Satu cucuk lidi – RM0.50, kuah rojak free on the house.
Take away kena charge untuk kuah rojak.
Rojak ini di panggil rojak tonggek kerana, kalau nak makan
rojak ni di sana, pelanggan perlu menunduk a.k.a. menonggek agar kuah rojak tak
kena pada baju. menonggek agar kuah rojak tak
kena pada baju.
Admin menikmati rojak tegak |
Tonggek lagi
ReplyDeleteWow..kt selangor ada tak benda ni?
ReplyDelete