Skip to main content

PENGALAMAN RAYA DI KAMPUNG PART I

Alhamdulillah Hari Raya Aidilfitri tahun ni diberi kesempatan meraikan hari lebaran bersama-sama keluaga dan sanak saudara. Kemeriahan raya tahun ini begitu dirasai kerana hampir semua waris keluarga Wak Senin dan Mbah Wagirah balik meraikan Hari Raya Aidilfitri di Parit 6 Chenderong Balai, Telok Intan, Perak D.R.


Segala persiapan untuk pulang beraya di kampong telah dilakukan awal-awal lagi. Memulakan perjalanan hari terakhir Ramadhan lebih kurang jam 3petang dari Bertam, Kepala Batas, Penang menuju ke kampong sebelah emak di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Singgah pit stop di Kilang Kacang Mak Mandin, Butterworth beli  kacang dan kerepek dengan harga borong dan juga singgah di Kedai Jeruk Pak Ali Sebereng Jaya, beli jeruk yang menjadi buah tangan trademark dari saya jika balik ke kampung. Lebih kurang pukul 4petang teruskan perjalanan ke Teluk Intan, Perak menggunakan Lebunraya Utara Selatan (PLUS).
Kilang Kacang Mak Mandin


Jeruk Madu Pak Ali
cawangan Seberang Jaya


Traffik terkawal walaupun kereta banyak
Sepanjang perjalanan ke kampong jalan lancar. Mungkin kerana orang lain telah memulakan perjalanan lebih awal. Mungkin juga haluan ke selatan tidak semeriah laluan ke utara mengunakan PLUS untuk balik kampung halaman masing-masing. Lebih kurang jam 7 petang sampai di rumah nenek. Kami sekeluarga merupakan family yang terakhir tiba.









Seperti kebiasaan tahun-tahun lepas hari terakhir Ramadhan rumah nenek penuh dan riuh dengan kehadiran ahli keluarga. Iftar terakhir Ramadahan tahun ini juga seperti tahun-tahun lepas. Kami berbuka dengan lemang, ketupat dan rendang. Tak banyak beli dari Bazar Ramadhan kerana kebiasaan hari terakhir Ramadahan tidak banyak juadah berbuka dijual seperti di tempat-tempat lain.







Tahlil sedang berlangsung. Al-fatihah
Selesai Solat Maghrib kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Alhamdulillah dengan semua ahli keluarga berkumpul sekali dapatlah menjalankan majlis tahlil. 




Selesai tahlil terus ke acara outdoor. Masing-masing keluarkan stok mercun dan bunga api. Kemeriahan malam raya di kampung halaman amat dirasai.  Pasti lebih meriah jika sempat buat meriam tanah. Lawan meriam dengan penduduk kampung lain yang turut balik berhari raya.


Acara selingan sementara bermain bunga api dan mercun ialah BBQ. Untuk malam raya kami hanya sempat bakar  seefood  sahaja kerana daging lembu dan kambing baru saja diperap (tak mencapai rasa yang diinginkan). Walaupun hanya BBQ seafood untuk malam raya tetap sedap. Thumbs up untuk chef dari Mesir...

Malam makin larut. Acara selanjutnya bersambung esok..........



Comments

  1. Kampung u bukan kt selangor ke?u orang mana sebenarnya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Kepala Batas, Pulau Pinang

Gambar diatas : Menunjukan Jalan Kedah dari Utara (Sungai Petani menuju Ke Butterworth     melalui Pekan Kepala Batas) Kepala Batas merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara(SPU)  dalam negeri Pulau Pinang. Mungkin disebabkan oleh Kepala Batas merupakan pekan terakhir jalan menuju ke negeri Kedah sebab itu jalan dari pekan ini menuju utara disebut Jalan Kedah, manakala jalan yang menuju ke Selatan pula disebut Jalan Perak. Kepala Batas secara geografiknya di bahagian utara ,barat dan selatannya adalah kawasan sawah padi,sementara di sebelah timurnya dulu adalah ladang getah atau kelapa sawit milikan Bertam Estate yang kini telah dibangunkan menjadi Bandar Bertam Perdana. Semasa pembukaan tanah-tanah paya di utara Seberang Perai ini untuk dijadikan sawah dan ladang maka Pihak Kerajaan Inggeris telah mengorek tali air utama untuk saliran air kelaut bermula dari kawasan Lahar Ikan Mati dan Kepala Batas menuju ke Titi Mukim ,Telok Air Taw...

BUKTI KISAH NABI MUSA MEMBELAH LAUT : KENDERAAN KETENTERAAN FIRAUN DI TEMUI DI DASAR LAUT MERAH.

    Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika di gunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.    Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.    Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian p...

Tokoh-Tokoh Kepala Batas.

TOKOH BERKAITAN DENGAN KEPALA BATAS- SYEIKH ABDULLAH FAHIM Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ulama nasionalis dan agama. Beliau adalah mufti pertama Pulau Pinang selepas Kemerdekaan. Beliau juga merupakan datuk bapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Gambar diatas : Menunjukan Gambar  Syeikh Abdullah Fahim Latar Belakang Syeikh Abdullah Fahim Abdullah Fahim yang dikenali sebagai "Pak Him" ​​dilahirkan di Mekah pada tahun 1286 Hijrah/1869 Masihi. Fahim yang dimaksudkan di sini ialah `Fahim' yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti `orang yang faham'. Pendidikan Syeikh Abdullah Fahim Abdullah Fahim mendapat pendidikan asas tradisional daripada ayahnya sendiri, Haji Ibrahim bin Tahir di Mekah. Ayahnya seorang yang alim mengenai bacaan al-Quran. Datuknya pula, Haji Tahir berasal dari Patani. Dikatakan juga bahawa beliau memahami ilmu-ilmu Islam tradisional cara Patani. Ilmu yang dikuatkan adalah...