Gambar diatas : Menunjukan Jalan Kedah dari Utara (Sungai Petani menuju Ke Butterworth melalui Pekan Kepala Batas) Kepala Batas merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara(SPU) dalam negeri Pulau Pinang. Mungkin disebabkan oleh Kepala Batas merupakan pekan terakhir jalan menuju ke negeri Kedah sebab itu jalan dari pekan ini menuju utara disebut Jalan Kedah, manakala jalan yang menuju ke Selatan pula disebut Jalan Perak. Kepala Batas secara geografiknya di bahagian utara ,barat dan selatannya adalah kawasan sawah padi,sementara di sebelah timurnya dulu adalah ladang getah atau kelapa sawit milikan Bertam Estate yang kini telah dibangunkan menjadi Bandar Bertam Perdana. Semasa pembukaan tanah-tanah paya di utara Seberang Perai ini untuk dijadikan sawah dan ladang maka Pihak Kerajaan Inggeris telah mengorek tali air utama untuk saliran air kelaut bermula dari kawasan Lahar Ikan Mati dan Kepala Batas menuju ke Titi Mukim ,Telok Air Taw...




Comments
Post a Comment